Penulis blog mempelawa mana-mana institusi atau pihak yang ingin menganjurkan satu seminar yang bertajuk:
FAHAMI PROSES JUAL BELI HARTANAH
Masa: 3 jam
Tempat: disediakan oleh penganjur (sekitar Lembah Klang)
Yuran: Percuma
Jumlah Peserta: 50 maksimum
Skop seminar:-
- Urusan awal pembelian hartanah
- fahami harga jualan & kaitannya dengan harga pasaran
- bagaimana pembayaran deposit dibuat?
- bagaimana mengatasi risiko ditipu ejen?
- berapakah jumlah deposit yang perlu dibayar?
- fahami maklumat hartanah terbabit. Apakah yang dimaksudkan dengan geran individu/ geran mukim/ pajakan negeri/ tanah rezab melayu/ kaveat/ gadaian.
- Bilakah perjanjian jual beli (S&P) perlu ditandatangani
- dapatkan nasihat peguam sebelum menandatangani S&P
- fahami kos guaman penyediaan S&P
- bilakah waktu yang sesuai untuk menandatangai S&P?
- bila proses pindah milik hartanah akan selesai dan apakah proses-proses yang berkaitan?
- Pinjaman Perumahan
- bilakah permohonan pinjaman perlu dibuat?
- apakah proses-proses pinjaman perumahan dan berapa lama masa yang diambil untuk bank meluluskan pinjaman/ mengeluarkan bayaran pinjaman?
- fahami kos guaman untuk penyediaan S&P. Mengapa sesetengah bank menawarkan untuk membayar kos guaman, manakala bank lain tidak menawarkan perkara yang sama.
- sekiranya pembeli ingin memohon pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia:-
- apakah dokumen yang diperlukan?
- apakah proses yang perlu dilalui?
Untuk sebarang pertanyaan, sila email penulis di rosemariamansor@yahoo.com

