Bicara Legal Blog

Dear visitors...

Should you wish to look for legal related articles, please visit my other blog http://bicaralegal.blogspot.com

Thank you.

-Rose-

Wednesday, 27 August 2008

Seminar Percuma: Fahami Proses Jual Beli Hartanah

Penulis blog mempelawa mana-mana institusi atau pihak yang ingin menganjurkan satu seminar yang bertajuk:

FAHAMI PROSES JUAL BELI HARTANAH
Masa: 3 jam
Tempat: disediakan oleh penganjur (sekitar Lembah Klang)
Yuran: Percuma
Jumlah Peserta: 50 maksimum

Skop seminar:-

  1. Urusan awal pembelian hartanah
    • fahami harga jualan & kaitannya dengan harga pasaran
    • bagaimana pembayaran deposit dibuat?
    • bagaimana mengatasi risiko ditipu ejen?
    • berapakah jumlah deposit yang perlu dibayar?
    • fahami maklumat hartanah terbabit. Apakah yang dimaksudkan dengan geran individu/ geran mukim/ pajakan negeri/ tanah rezab melayu/ kaveat/ gadaian.
  2. Bilakah perjanjian jual beli (S&P) perlu ditandatangani
    • dapatkan nasihat peguam sebelum menandatangani S&P
    • fahami kos guaman penyediaan S&P
    • bilakah waktu yang sesuai untuk menandatangai S&P?
    • bila proses pindah milik hartanah akan selesai dan apakah proses-proses yang berkaitan?
  3. Pinjaman Perumahan
    • bilakah permohonan pinjaman perlu dibuat?
    • apakah proses-proses pinjaman perumahan dan berapa lama masa yang diambil untuk bank meluluskan pinjaman/ mengeluarkan bayaran pinjaman?
    • fahami kos guaman untuk penyediaan S&P. Mengapa sesetengah bank menawarkan untuk membayar kos guaman, manakala bank lain tidak menawarkan perkara yang sama.
    • sekiranya pembeli ingin memohon pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia:-
      • apakah dokumen yang diperlukan?
      • apakah proses yang perlu dilalui?


Untuk sebarang pertanyaan, sila email penulis di rosemariamansor@yahoo.com

3 comments:

HK said...

hi puan, dah ada yg nak anjurkan progam nie? berminat nak attend

Rose said...

hi hk,

thanks for dropping by.

buat masa ni, belum ada mana2 pihak yang menyatakan minat berkenaan hal ini.

kalau you nak, mungkin boleh aturkan masa dengan rakan2 di pejabat (minimum 10 orang). perjumpaan boleh dibuat di pejabat hk.

-rose-

Rose said...
This post has been removed by the author.