Bicara Legal Blog

Dear visitors...

Should you wish to look for legal related articles, please visit my other blog http://bicaralegal.blogspot.com

Thank you.

-Rose-

Tuesday, 29 April 2008

Seminar mengenai undang-undang & hak anda

  • Tarikh : 11 Mei 2008 (Ahad)
  • Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg (pendaftaran bermula jam 1.30 ptg)
  • Tempat: Auditorium LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
  • Yuran Penyertaan: RM100.00 (First come first basis, kerana tempat hanya terhad untuk 100 orang sahaja)
  • Untuk tempahan tempat dan tujuan pembayaran, sila sms 019-2601503.
  1. Ringkasan:-
  • Ramai yang tidak tahu apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila menerima notis tuntutan dari institusi pinjaman berlesen, sama ada sebagai peminjam mahupun penjamin.
  • Malah, ramai yang berdiam diri, tidak kurang juga ada yang berpindah randah kerana menyangkakan masalah seperti ini tidak dapat diselesaikan.
  • Apabila menerima saman dari mahkamah, ada yang bertindak mengabaikan saman tersebut dan kemudiannya menyesal kerana mendapati nama telah tersenarai dalam CTOS.
  • Ada yang juga yang keliru dengan terma "disenarai hitam" atau pun "blacklisted".Malah ada yang menganggap CCRIS dan CTOS adalah terma yang membawa maksud yang sama, sedangkan ini adalah salah.
Seminar ini akan membantu anda memahami beberapa isu, antara lain:-
  1. Apakah jenis surat tuntutan yang dikeluarkan oleh institusi kewangan/ wakil mereka?
  2. Mengapa notis tuntutan dikeluarkan oleh pihak bank?
  3. Apakah proses dan prosedur yang perlu dipatuhi apabila hendak menjual kenderaan kepada pihak lain, sedangkan pinjaman kenderaan masih belum diselesaikan?
  4. Apakah yang perlu dilakukan apabila menerima notis tuntutan?
  5. Bagaimanakah cara untuk berunding dengan pihak bank tanpa menggunakan khidmat peguam?
  6. Apakah yang perlu dilakukan apabila menerima saman dari mahkamah? Bagaimana hendak memfailkan notis kehadiran di mahkamah? Adakah perlu memfailkan pembelaan? Apakah bentuk penyata pembelaan yang perlu difailkan?
  7. Ketahui cara-cara melantik peguam dan apakah hak anda apabila perlantikan peguam telah dibuat.
  8. Bolehkah rundingan dengan pihak bank dibuat walaupun kes telah dibawa ke peringkat mahkamah?
  9. Fahami jenis-jenis tindakan undang-undang yang ada di Malaysia.
  10. Apakah itu tindakan kebankrapan?
  11. Di peringkat manakah rumah boleh disita?
  12. Apakah itu CTOS?
  13. Ketahui sistem CCRIS dan perbezaannya dengan CTOS.

Sesi soal jawab secara terbuka akan diadakan selama 1 jam selepas topik di atas dibentangkan kepada peserta seminar.

Tempat adalah terhad, iaitu hanya untuk 100 orang memandangkan saiz auditorium.

Untuk tempahan tempat dan tujuan pembayaran, sila sms 019-2601503.

Refreshment akan disediakan.

Terima kasih.

Rose Maria

2 comments:

ieeda_dieeana said...

Wah... hebat kawan aku sorg ni... tahniah!!!

Rose Maria Mansor said...

TQ Ida for being supportive all this while.

Aku rasa topik penting untuk orang faham. Masalah macam ni boleh diselesaikan, bukannya tak boleh... kan? Tapi, kene faham proses dan prosedur. Jangan main redah, ikut perasaan. & paling penting kene banyak bersabar.